Isteri ditangkap suami tanpa seurat benang dengan skandal, perkahwinan 12 tahun musnah


Mojokerto, Indonesia - Suami, 34 mengakui sudah lama menghidu kecurangan isterinya yang juga berusia 34 tahun. Dia mula mencurigai isterinya  merupakan pegawai negeri di Pemkab Mojokerto selalu bercerita tentang kebaikan rakan sekerjanya yang berusia 40 tahun. Lelaki tersebut merupakan pegawai atasan di pejabat tersebut. 


Suami, 34 tahun


Hubungan sulit itu mula terbongkar pada awal Mac 2024. Kemudian lelaki itu sentiasa memantau tindakan isterinya dengan meminta rakaman CCTV jirannya dihadapan rumah.


Rakaman CCTV tersebut menunjukkan skandal si isteri mengambil dan membawa pulang isterinya ketika dia bekerja syif malam pada 3 Jun, 9 Jun dan 11 Jun. Suaminya yang bekerja kilang selalu tiada di rumah kerana bekerja lebih masa. 

Bukti rakaman CCTV


Melihat bukti CCTV tersebut, si suami diam-diam memasang peralatan GPS di motorsikal milik isterinya. Motorsikal tersebut sebanyak 3 kali memasuki Kompleks Perumahan Griya Dahayu, Kampung Sambiroto, pada waktu rehat tengah hari. 



Puncak kejadian, si suami mengikuti isterinya yang ketika itu pulang dari kerja sekitar pukul 4 petang. Si suami yang ditemani 5 rakannya pergi ke kompleks perumahan tersebut memalui alamat GPS.


Kompleks Perumahan Griya Dahayu, Kampung Sambiroto


Ketika diserbu, dia melihat isterinya dan skandal si isteri berbogel tanpa seurat benang. Si suami telah melaporkan kejadian itu ke pejabat Ketua Kampung Sambiroto dan kemudian ke Unit Siasatan Jenayah Polis Mojokerto dengan dakwaan berzina pada 3 Julai 2024. 



Isteri 34 tahun, Pegawai Negeri


Untuk pengetahuan, pasangan suami isteri ini  telah mendirikan rumahtangaa selama 12 tahun dan dikurniakan dua orang anak berumur 3 tahun dan 10 tahun. Mereka telah menjalani rumah tangga yang harmoni di sebuah rumah di Kompleks Perumahan Puri Kokoh, Desa Tambakagung, Puri, Mojokerto.


Namun, si isteri telah jatuh cinta dengan rakan sekerjanya yang merupakan pegawai negeri dengan Jabatan Analisis Pembangunan di Administrasi Pembangunan Sekretariat Daerah Kabupaten Mojokerto. Si isteri juga menuduh suaminya yang sukar meluangkan masa bersamanya kerana kerja syif di kilang. 



Isteri dan skandalnya

Kredit: DetikJatim




Post a Comment

0 Comments