Bapa Baby Syifaa direman 3 hari


KUALA LUMPUR: Bapa kepada Baby Syifaa yang ditahan polis semalam berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman, direman tiga hari.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata lelaki itu direman bermula hari ini sehingga 12 Julai ini.


"Kita memohon reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.


Semalam, media melaporkan, lelaki berkenaan ditahan jam 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.


Ramli dilaporkan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Sebelum ini, lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes penganiayaan didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhkannya, YY Community Center.


Malah, bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan juga menafikan wang itu digunakan untuk memulakan kerja bagi mewakili kes.


Hafiz berkata, beliau tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya maklum mengenainya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu.


Post a Comment

0 Comments