Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan


PEKAN: Jenazah graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah yang disyaki mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Bernam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, di sini, jam 5.20 petang tadi.


Kira-kira 400 orang termasuk ibu dan ahli keluarga Allahyarham serta penduduk kampung sekitar Kampung Nyiur Manis hadir pada majlis pengebumian itu.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohamad Nizar Najib yang mewakili kerajaan Pahang.


Terdahulu, jenazah Allahyarham Nur Farah, 25, selamat tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 5 petang dengan menggunakan van UPSI daripada Hospital Sungai Buloh, Selangor.


Sebelum itu, suasana hiba di tanah perkuburan sejurus sebelum jenazah Allahyarham tiba untuk dikebumikan.


Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang pada 6 petang, selepas dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.


Media melaporkan graduan UPSI itu yang hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemui mati dipercayai dibunuh individu dikenalinya.


Berikutan itu polis menahan seorang lelaki yang juga anggota polis bagi membantu siasatan.










Al -Fatihah


Kredit: Berita Harian


Post a Comment

0 Comments