Juara program Pilih Kasih Iqbal, kemurungan selepas hilang daya penglihatan

Juara program Pilih Kasih Iqbal, kemurungan selepas hilang daya penglihatan



KLANG: Bukan sahaja diuji masalah penglihatan, pelakon Iqbal Mazlan berdepan depresi disebabkan keadaan dirinya.


Perkara itu diluahkan ketika menerima kunjungan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di kediamannya di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, baru-baru ini.


Iqbal yang juga bekas juara musi pertama program Pilih Kasih berkata, tekanan dihadapinya itu berpunca daripada ubat diambil bagi merawat penyakit mata.


"Saya perlu makan sejenis ubat mengandungi steroid. Sepatutnya ubat jenis itu hanya diambil dalam tempoh singkat.


"Sebaliknya, saya sudah makan ubat sejak lebih setahun lalu. Kesannya, emosi saya terganggu dan menyebabkan saya mengalami insomnia.


"Fikiran berkecamuk kerana terlalu memikirkan nasib diri dan masa depan juga menambahkan depresi.




"Disebabkan tidak tahan menanggung perasaan, saya menangis di hadapan doktor tak ubah seperti kanak-kanak.


"Masa saya mula-mula masuk wad dan disahkan hilang daya penglihatan, saya menangis juga, tapi tidaklah seteruk ini.


"Itupun saya menangis secara sembunyi dalam tandas sebab tak mahu orang tahu," katanya.


Berikutan kemurungan melampau, Iqbal memberitahu, dia dirujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan lanjut.


"Selepas melihat keadaan saya meratap hiba, doktor meminta saya dibawa ke pakar psikiatri untuk menjalani pemeriksaan.



"Mereka beri saya ubat penenang dan pil tidur. Saya makan pil tidur bila perlu kerana tak tahan dengan kesan sampingannya," ujarnya.


Meskipun dalam keadaan sukar, Iqbal berusaha meneruskan hasrat menerbitkan filem yang berkaitan dengan haiwan kesayangannya, kucing.


"Empat tahun lalu saya bekerja dengan sebuah syarikat produksi, tetapi sudah lama syarikat ini tidak dapat 'job'.


"Antara projek yang dilaksanakan adalah penerbitan filem. Buat masa ini, saya dan rakan kongsi masih mencari pelabur berminat.


"Tugas saya untuk berjumpa pelabur berpotensi dan membentangkan kertas kerja.


"Saya akan buat apa sahaja terdaya kerana tak sedap hati untuk terus bergantung kepada orang tua dan orang lain," katanya.


Pada pertemuan itu, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez menyerahkan sumbangan kepada Iqbal.

Iqbal bantuan kewangan sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 untuk membeli telefon bimbit baharu. Foto NSTP Aziah Azmee


Yang turut hadir, Pengerusi KARYAWAN yang juga penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim dan timbalannya, Radhi Khalid.


Iqbal dimasukkan ke Hospital Shah Alam selepas berdepan masalah penglihatan secara mengejut pada 5 Mac tahun lalu. Susulan itu, Iqbal kini hanya mampu melihat biasan cahaya pada mata.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments