Kanak-kanak berusia 5 tahun dan 2 bulan ditemui rentung, Saluran Gas bocor punca rumah terbakar


Kejadian kebakaran sebuah rumah berlaku di Kampung Tuttula, Sulawesi Barat pada ahad 28/7/2024 telah meragut 2 nyawa kanak-kanak iaitu berusia 5 tahun dan adiknya berusia 2 bulan dalam keadaan yang menyedihkan. 


Pada jam 7.10 pagi, Ali bersama 2 anaknya berada dalam rumah dan Rahmawati sedang mencuci kain di bawah rumah.


Kemudian Ali hendak membuat kopi, pergi ke dapur dan membuka gas untuk menghidupkan api. Ketika ini terjadi percikan api dan gas meletup lalu api menyambar tubuh Ali. Ali yang cedera berlari keluar dan turun dari rumah kerana kesakitan. 


Api merebak dengan cepat kerana rumah mereka diperbuat daripada kayu. Selepas Ali turun ke bawah sambil dibantu orang kampung, Ali terlupa bahawa 2 anaknya masih berada di atas, api telah marak pada ketika ini. 


Rahmawati terkejut suaminya memberitahu anak-anak mereka masih berada di atas, kemudian Rahmawati berlari nak naik ke rumah untuk selamatkan anak-anaknya namun dihalang orang kampung sebab api sudah terlalu marak. 


Orang kampung berpakat bekerjasama memadamkan kebakaran dan sedihnya dua beradik itu ditemui meninggal dunia dalam keadaan rentung. Dua kanak-kanak itu ialah Muhd Alif (5 tahun) dan adiknya Muhd Khairul Iksan (2 bulan). 


Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan keterangan kedua ibubapa telah diambil. Kedua-dua jenazah dua beradik itu telah selamat dikebumikan. 


Jumlah kerugian yang dianggarkan bernilai Rp 100 juta(RM 30,000 lebih). Punca kebakaran adalah kerana ada kebocoran pada saluran gas. 


Kredit: Liputan 7

Post a Comment

0 Comments