Kanak-kanak cari lokan terjatuh dalam tasik meninggal dunia selepas sejam


Hulu Selangor: Kanak-kanak lelaki yang terjatuh ketika mencari lokan di Taman Tasik Teratai, Serendah, petang tadi disahkan meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa berusia sembilan tahun meninggal dunia di Hospital Selayang pada 8.55 malam.


Terdahulu, katanya, polis menerima panggilan MERS 999 berhubung kejadian pada 6.04 petang, dengan mangsa tergelincir ke dalam tasik, manakala rakannya meminta bantuan orang awam berhampiran.


"Pada 6.52 petang, kanak-kanak lelaki itu berjaya dibawa keluar. Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu kemudian tiba dan memberi pertolongan awal kerana masih ada denyutan nadi.


"Dia kemudian dihantar ke Hospital Selayang namun meninggal dunia sejam kemudian," katanya.


Beliau mengingatkan orang ramai supaya lebih peka dengan aktiviti anak dan anggota keluarga, serta mengutamakan keselamatan.

Post a Comment

0 Comments