Kematian Baby Syifa bukan satu kemalangan, terdapat tekanan pada leher - Mahkamah Koroner


Seremban: Mahkamah Koroner, di sini, hari i ini memutuskan punca kematian Baby Syifaa yang ditemui tidak sedarkan diri pusat asuhannya dekat Sendayan, di sini, dua tahun lalu disebabkan tekanan pada leher.


Koroner, Datin Surita Budin ketika membacakan keputusan itu berkata, kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan oleh pengasuh.


"Kematiannya disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian tepi sisi hujung kain buaian.




"Bagi tujuan inkues ini saya telah berpuas hati bahawa atas imbangan kebarangkalian berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi apabila dilihat secara keseluruhannya, untuk mahkamah memutuskan kematian si mati bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung di dalam buaian disebabkan tindakan atau tinggalan S19 (pengasuh) yang tinggalkannya di dalam buaian tanpa pengawasan yang sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah," katanya.


Tambah beliau, keadaan itu akhirnya menyebabkan kematian bayi berkenaan yang membawa kepada satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.


Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments