Sebelum ini Borak Viral melaporkan dua orang adik-beradik berusia 3 dan dua tahun telah kritikal apabila termakan keropok beracun yang digantung di pagar kebun jirannya.
Terkini, salah seorang daripada dua beradik itu dilaporkan telahpun meninggal dunia pagi tadi.
Perkara itu disahkan ibu mangsa, Nurain Hasnorizal di mana anak sulungnya, Muhammad Akil Syauki berusia 3 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi.
Abang (Muhammad Akil Syauqi) sudah tiada (meninggal dunia) ketika terima rawatan. Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan.
Adik Akil iaitu Muhammad Luth Syauqi berusia 2 tahun pula ketika ini masih dirawat dan diharapkan semua proses berjalan dengan lancar. Al-Fatihah buat adik Akil, bergembiralah di syurga.
Kredit: Harian Metro
0 Comments