Kronologi kehilangan dan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah




KRONOLOGI kehilangan dan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25. Mangsa yang berasal dari Sarawak adalah graduan Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain bekerja dengan bahagian pemasaran digital sebuah kedai percetakan di Perak, dia turut menjadi ejen kereta sewa.


10 Julai 2024

Pagi 

  • Nur Farah keluar rumah sewanya kira-kira jam 8 pagi, selepas memberitahu rakan serumah dia mahu menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan akan bertemu seorang rakan lelaki di tempat sama serta berjanji pulang selepas urusan selesai.
  • Nur Farah sepatutnya masuk kerja di sebuah kedai percetakan di Taman Universiti yang terletak berhadapan pintu masuk utama kampus UPSI pada jam 9 pagi.
  • Selepas menyerahkan kereta sewa, Nur Farah dilihat beredar dengan menaiki kereta dipercayai kereta suspek berdasarkan maklumat penyewa kereta.
  • Mereka kemudian dipercayai bersarapan di sebuah restoran di Tanjung Malim.
  • Ketika berada di satu kawasan parkir dekat UPSI, ada saksi mendakwa melihat mangsa dan lelaki dikenalinya itu bertengkar.
  • Kereta itu kemudian dilihat beredar dari situ dan memasuki sebuah kebun ubi berdekatan dan mereka sekali lagi dikatakan bertengkar.

Tengah hari

  • Mangsa dikatakan dibawa lelaki itu ke kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
  • Di lokasi ini, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan membuka pintu kereta, tetapi terjatuh ke parit dan polis turut mengesahkan pembunuhan berlaku di lokasi itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan, kelmarin turut mengesahkan berlaku perselisihan di antara suspek dan mangsa di lokasi terbabit.
  • Mangsa dipercayai mati di lokasi itu dan mayatnya ditemui pada 15 Julai, iaitu 5 hari selepas dilaporkan hilang.
  • Lelaki itu kemudian dipercayai meninggalkan lokasi dengan membawa kereta ke kawasan Sungai Trolak, Perak.
  • Kira-kira jam 1.25 tengah hari, teman serumah Nur Farah ke Balai Polis Tanjung Malim untuk membuat laporan rakannya tidak pulang selepas keluar sejak pagi. Bagaimanapun, dia diminta membuat laporan selepas 24 jam kehilangan mangsa.

Petang

  • Susulan itu, pegawai penyelia balai berkenaan dikatakan menghubungi seorang anggota polis yang diketahui mempunyai hubungan dengan Nur Farah.

11 Julai 2024

  • Teman serumah Nur Farah membuat laporan polis kehilangan mangsa jam 1.45 pagi.
  • Pegawai penyelia balai kemudian menghubungi anggota polis yang ada hubungan dengan mangsa, namun dimaklumkan dia dalam perjalanan ke kampungnya di Melaka.
  • Dia kemudian diarah datang ke Balai Polis Slim River dan apabila disoal mengenai kehilangan mangsa, lans koperal itu menafikan ada bertemu mangsa serta mendakwa tidak mengetahui mengenai kehilangan Nur Farah. Dia kemudiannya pulang ke Melaka.

12 Julai 2024

  • Suspek dari Melaka pulang ke Slim River untuk berjumpa dua wakil majikan Nur Farah (syarikat pencetakan) di sebuah restoran di Slim River bagi membincangkan perihal kehilangan Nur Farah.

13 Julai 2024

  • Suspek bertemu abang mangsa di Tanjung Malim tetapi menafikan ada bertemu mangsa pada hari Nur Farah hilang.

14 Julai 2024

  • Suspek dipanggil oleh Ketua Polis Daerah Mualim untuk bertanyakan sekali lagi kehilangan mangsa. Walaupun mulanya menafikan terbabit, dia akhirnya mengaku tahu mengenai kehilangan mangsa.

15 Julai 2024

  • Suspek ditahan untuk siasatan lanjut
  • Mayat Nur Farah ditemukan dalam keadaan hampir mereput di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Mayat Nur Farah Kartini dijumpai hampir reput di dalam takungan air di ladang kelapa sawit



16 Julai 2024

  • Polis membawa suspek ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

 

Telefon bimbit milik Nur Farah Kartini

17 Julai 2024

  • Jam 12.21 tengah hari, telefon pintar dipercayai milik Nur Farah ditemui dalam parit berhampiran ladang sawit Kampung Sri Keledang.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan polis sudah merakam percakapan 26 saksi.

18 Julai 2024

  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata beg tangan dipercayai milik Nur Farah dijumpai di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, Slim River, Perak.
  • Polis mengesahkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat mangsa yang ditemui adalah Nur Farah Kartini.
  • Jenazah mangsa dikebumikan keluarga di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.
Pengebumian Nur Farah Karitini di hadiri ahli keluarga dari Sarawak


20 Julai 2024

  •  Sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mencari bahan bukti.
  •  Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata kebun ubi itu diusahakan suspek secara sambilan.
Kebun ubi milik suspek


21 Julai 2024

  • Polis mengambil keterangan beberapa pekerja sebuah kebun ubi di Slim River, Perak.

22 Julai 2024

  •  Unit skuba forensik menemui dompet dan kunci dalam pencari bukti di Sungai Trolak
  •  Reman suspek dilanjutkan selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.
Kunci kereta dijumpai


Dompet milik Nur Farah Kartini


26 Julai 2024

  • Lans Koperal Muhammad Alif Monjani didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek Alif Monjani
Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments