Kronologi pembunuhan Zulfrahan Osman yang sangat kejam


Setelah tujuh tahun, hari ini 23 julai 2024 telah jatuh hukuman gantung kepada enam orang pembunuh yang membunuh arwah Zufarhan Osman Zulkarnain (21) di sebuah bilik asrama, UPNM. Hakim menyebut kejadian pembunuhan kejam ini paling jarang ditemui.


Kronologi Kes Pembunuhan Zulfarhan Osman



Sebuah laptop hilang di UPNM. Khidmat bomoh digunakan untuk mengesan siapa pencuri laptop itu. Nama arwah disebut bomoh itu.


13 Mei 2017
Mangsa dipukul kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya. Mangsa tak mengaku.

20 Mei 2017
Mangsa dipanggil pada jam 3.00 pagi ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer.

Mangsa menafikan tuduhan dan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelajar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga 11 pagi 21 Mei.

Sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Zulfarhan telah menyebabkan kematian mangsa, namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja.


Ilustrasi tekapan seterika wap di badan arwah



"Kesan luka lecur itu adalah pada kategori tahap satu, dua dan tiga yang didapati dari pangkal leher sehingga ke kaki mangsa termasuk bahu, lengan, dada, perut, rusuk, belikat, betis, paha dan buku lali," katanya.


Ilustrasi luka lecur tahap 1, 2 dan 3


27 Mei 2017
Mangsa dalam keadaan lemah dibawa mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan persendirian di Sebiah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Mangsa dibenarkan pulang dan perlu menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.

30 Mei 2017
Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua suspek yang membulinya.

1 Jun 2017
Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium berkenaan sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis.

Mangsa dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum kematiannya disahkan.

2 Jun 2017
Mangsa telah dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini, pada jam 9.30 malam ini.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi, Selangor sebelum disembahyangkan sekali lagi di Masjid Jamek Kampung Kurnia di sini, selepas solat Isyak.





14 Jun 2017
Seramai 19 orang pelajar UPNM yang dipercayai terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. Kesemuanya mengaku tidak bersalah.

Walau bagaimanapun enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh. Mereka dituduh menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mandatori jika sabit kesalahan.



14 Ogos 2017
Perbicaraan kes sepatutnya diadakan ditunda pada 15 September 2017 setelah ditolak Jabatan Peguam Negara. Perbicaraan ini ditolak kerana representasi lima penuntut tidak lengkap.

29 Januari 2018
Hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi namun tertuduh mengaku tidak bersalah.

23 Januari 2018
Perbicaraan disambung dan saksi terlibat iaitu rakan rapat Zulfarhan semasa di Sekolah Teknik Johor Bahru.

Saksi terlibat memberi keterangan seterika yang digunakan dalam kejadian adalah miliknya dan merupakan item utama dalam kes ini.

Seterika wap yang digunakan membunuh mangsa

Jun 2019
Mahkamah menetapkan 8 Julai 2019 sebagai tarikh mendengar hujah tentang pendakwaan 19 orang pelajar UPNM yang terlibat.

8 Julai 2019
Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai 2019 untuk keputusan kes.

31 Julai 2019
Seramai 18 orang penuntut UPNM yang berusia 25 tahun diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.

Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah yang mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie pada akhir ses pendakwaan.

Pertuduhan terhadap enam tertuuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Manakala baki 12 yang lain pula akan dibicarakan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Susulan daripada itu, bapa Zulfarhan dilihat melakukan sujud syukur di luar kamar selepas mendengar keputusan hakim.

Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias yang dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan mangsa.

2 Oktober 2019
Mahkamah mengarahkan 18 dari 19 tertuduh dalam kes kematian Allahyarham Zulfarhan membela diri.
Kes membela diri bermula di mana 20 saksi memberi keterangan.

8 April 2021
Pembelaan menutup kes.

29 dan 30 September 2021
Penghujahan akhir kes pembelaan.

2 November 2021
Keputusan akhir dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah yang mana enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.

Manakala 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut UPNM yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat.
Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.

Manakala 12 lagi tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham Zulfarhan dikenakan hukuman penjara tiga tahun.


3 Januari 2024
Dalam satu temu ramah portal berita tempatan, ibu Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman menyatakan beliau bukan tidak reda namun tidak boleh terima cara arwah didera.


Kiri: Arwah Zulfarhan bersama ibu dan ayahnya 


Malah sehingga ke saat itu beliau dan suami, Zulkarnain Idros trauma menggunakan seterika untuk menggosok pakaian mengenangkan penderitaan dilalui anak sulung mereka.

Zulkarnain berkata, selepas kematian anaknya itu, beliau 'mengharamkan' keturunannya tidak kira anak atau cucu untuk memasuki universiti itu.

14 Mei 2024
Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi menyatakan berlaku kecederaan terhadap Zulfarhan menunjukkan ia dilakukan oleh perayu-perayu ini.

Beliau menghujahkan bahawa, elemen pertuduhan telah dibuktikan, yang mana ia adalah berdasarkan kehilangan komputer riba sehingga menjurus kepada kejadian pukul.
Katanya, tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada Zulfarhan.

Bagi kes pemerasan pula, Zulfarhan dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya,” katanya.

Mahkamah mendengar rayuan silang 12 orang pelaku yang menyebabkan kecederaan kepada Allahyarham Zulfarhan.

16 Mei 2024
Mahkamah menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

23 Julai 2024
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.



"Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak," kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Al Fatihah buat Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kredit: Mohd Fadil Salleh, pelbagai sumber

Post a Comment

0 Comments