Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah Kartini diperuntukkan hukuman mati

Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah Kartini diperuntukkan hukuman mati

 




Hulu Selangor: Anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.


Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa membunuh Nur Farah Kartini, bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.


Kes itu disebut di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Post a Comment

0 Comments