"Lebih 10 tahun berkhidmat, tak pernah jumpa orang kena tangkap khalwat senyum" - Pegawai Pejabat Agama


Perkongsian seorang pengguna media sosial menjadi perhatian apabila meluahkan rasa hairan melihat gelagat selebriti yang tersenyum lebar dan gembira ketika hadir ke mahkamah atas pertuduhan berkhalwat.


Menerusi perkongsian di platform X itu, individu itu berkata pertama kali dia melihat situasi tersebut sepanjang lebih 10 tahun berkhidmat di agensi agama. 


Malah, individu itu berkata selebriti berkenaan mengatakan gembira berjumpa dengan rakan media di mahkamah sehingga lupa dengan kes tangkapan tersebut.




“Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok.


“Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat,” katanya.




Terdahulu, pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada 9 Mac lalu.


Kredit: Rotikaya


Post a Comment

0 Comments