Lepas tabur abu mayat suami di pantai, isteri buat tahlil pula di rumah anak yatim

Lepas tabur abu mayat suami di pantai, isteri buat tahlil pula di rumah anak yatim

 


Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.

 

Sedang melalui fasa bersedih, Jennifer turut dilihat rajin mengirimkan doa untuk arwah suaminya yang meninggal dunia pada 18 Julai lalu.

 

Tahlil di rumah anak yatim




Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jennifer memanjangkan doa kepada suami menerusi bacaan tahlil yang dilakukan oleh anak-anak yatim piatu.

 

“Sayang, aku sudah kirim doa lagi menerusi anak-anak yatim piatu. Bismillah semoga sampai ke kamu ya, doanya,” tulis Jennifer.


Selain itu, Jennifer turut mendedahkan sejumlah alasan mengapa dia tidak mengadakan majlis bacaan tahlil di rumahnya sendiri.

 

“Buat yang tanya, kenapa tidak buat majlis tahlil di rumah, maaf ya, semuanya sebab memang yang beragama Islam tak ramai dalam keluarga kita.

 

“Dan jauh buat anak-anak yatim untuk datang ke rumah. Saya akhirnya memutuskan untuk laksanakan di sana (rumah anak yatim) sahaja,” tulisnya.

 

Upacara pengebumian mengikut agama Hindu


Untuk rekod, Dali Wassink meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di Kuta, Bali. Dali meninggal dunia ketika berusia 22 tahun. Beliau dikatakan seorang mualaf yang baru belajar mengenai agama Islam.

 

Namun, media Indonesia melaporkan, mayatnya telah dibakar dan diuruskan mengikut agama Hindu. Urusan pembakar jenazah telah diuruskan oleh keluarga Dali sementara Jennifer tidak mempunyai kudrat untuk berbuat apa-apa.

 

Namun, ketika upacara menabur abu di Pantai Lembeng, Bali pada Ahad, Jennifer membuka mulut dan memberitahu sebab utama mengapa jenazah suaminya dibakar, bukan dikebumikan.

 

“Kenapa Papa Dali (panggilan untuk suaminya) dibakar? Saya mahu minta kalian hargai sahaja keputusan keluarga. Dan itu memang permintaan Papa Dali," jelas Jennifer.

 



Mualaf dan baru belajar mengenai Islam


Sungguhpun begitu, Jennifer tetap menegaskan bahawa Dali telah memeluk Islam.

 

Namun, Jennifer memberitahu, Dali masih belajar dan belum mengerti soal kewajiban dikebumikan.

 

"Memang Papa Dali mualaf, Papa Dali baru belajar agama Islam dan dia belajar (tentang agama Islam). Sebelum makan dia baca Bismillah, sebelum Kamari (anak) makan diminta baca Bismillah. Masuk rumah sebut Assalamualaikum," ungkap Jennifer.

 

"Tapi mungkin belum belajar banyak, jadi Papa Dali belum terlalu mengerti tentang agama Islam. Dan memang itu permintaan Papa Dali… Dia ingin dibakar. Tolong dihargai sahaja keputusan Papa Dali. Sekarang Papa Dali sudah tenang," katanya lagi.


Kredit: Astro gempak 

Post a Comment

0 Comments