Mekah tempat yang mendamaikan – Amelia Christie

Mekah tempat yang mendamaikan – Amelia Christie


PETALING JAYA – Menunaikan ibadah umrah, pelakon Amelia Christie kini berada di Tanah Suci Mekah yang sangat menenangkan perasaan.


Amelia atau nama lengkapnya Amelia Christie Lim, 24, berkongsi beberapa foto di Mekah dan Madinah menerusi laman sosialnya.


“Tempat yang mendamaikan, masya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.


Pelakon drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 itu mengerjakan ibadah itu dipercayai ditemani saudara terdekatnya.


Amelia turut memuat naik melakukan pelbagai aktiviti termasuk memanah ketika melakukan ziarah.




Antara momen yang memancing perhatian adalah videonya di Mekah berlatarbelakangkan lagu Sahabat Dulu dendangan penyanyi Indonesia, Prinsa Mandagie.


Hantaran di Instagram serta TikTok dikongsikan Amelia meraih perhatian pengikutnya yang meminta pelakon terbabit mendoakan mereka juga dijemput sebagai tetamu Allah.


Netizen turut memuji kecantikannya yang manis bertudung selain mendoakan agar dia dikurniakan umrah yang mabrur.


“Orangnya sedia cantik, apabila tutup aurat lagi cantik,” tulis seorang pengikutnya.



Terdahulu, nama selebriti berdarah campuran ini meledak selepas menjalin hubungan dengan aktor, Sharnaaz Ahmad, namun cinta mereka terputus di tengah jalan.


Kredit: Kosmo

Post a Comment

0 Comments