Netizen persoal, Hajah Nelydia tudung dah terbang?


Tular di media sosial sehingga netizen persoal tudung Nelydia Senrose sama ada dia sudah menanggalkan tudung atau sebaliknya selepas melihat sebuah video berada di Cameron Highland, Pahang bersama ahli keluarga.


Dalam video tersebut, dilihat pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen sedang duduk di atas kerusi kayu sambil melihat pemandangan indah.


Turut kelihatan dalam video tersebut adalah suami Nelydia, Mohd. Hafez Halimi dan sepupu yang juga aktres, Aprena Manrose.





Netizen persoal tudung Nelydia Senrose

Bagaimanapun, perkongsian video dimuat naik di TikTok peminat @nelydiasenrose_ menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.


Rata-rata netizen dilihat seakan mempersoal ‘hijab’ yang sebelum ini digayakan oleh aktres berusia 29 tahun.



“Dia memang on off kan?”

Dalam komen di posting tersebut, ada juga yang ‘memahami’ dan menyatakan pelakon itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan sudah bertudung sepenuhnya.




Mereka turut mendoakan yang terbaik buat Nelydia Senrose agar kekal beristiqamah dan ikhlas menutup aurat.


Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada tuan punya badan dan kita doakan yang terbaik buat Nelydia Senrose.


Namun, ia bukan kali pertama video memperlihatkan pelakon itu menanggalkan tudung tular di media sosial.


@nelydiasenrose_ Nak hiking pula #mrsaprenamanrose ni HAHAHA #nelydiasenrose #mrsaprenamanrose #fypp #fyp #foryou #fypmalaysia #fypdongggggggg#fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda ♬ cukup kau di sampingku - ֆɨ ӄʊʀɨռ 🇹🇼

Sumber: TikTok @nelydiasenrose_, OHMyMedia

Post a Comment

0 Comments