Kuala Lumpur: Pelakon, Ammar Alfian menafikan dakwaan dia pelakon yang membelasah kekasih seperti yang dilaporkan media hari ini.
Ammar, 37, yang juga pelakon filem Paskal membuat kenyataan itu menerusi ruangan komen bagi membalas pertanyaan seorang pengguna laman sosial.
"Nateh bukan aku gila," tulisnya beserta emoji gelak.
Sebelumnya komen pengguna itu memetik nama Ammar dan bertanya adakah dia pelakon yang dimaksudkan dalam laporan berita disiarkan.
"Ammar Alfian ka tu? Macam sesuai dengan watak dia," tulis pengguna itu.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, semalam.
"Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.
"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara," katanya ketika dihubungi.
0 Comments