Pasangan pempengaruh direman hari ini

Pasangan pempengaruh direman hari ini


Putrajaya: Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung isu menyeleweng kutipan derma.


Kedua-dua mereka tiba menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Mahkamah Putrajaya pada jam 9.15 pagi.


Mereka yang diiringi pegawai SPRM dibawa ke aras dua dengan berpakaian warna oren dan bergari.


Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang dikatakan terbabit isu menyeleweng kutipan derma ditahan SPRM, semalam.



Menurut sumber, pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang semalam bagi membantu siasatan, selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.


Namun facebook PW terlebih dahulu telah mendedahkan pasangan tersebut ialah Alif Teega dan isterinya Aishah Hijanah.




Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments