Peguam tegur Alif Teega dan Aisyah Hijanah beria kongsi momen penahanan SPRM - Nanti orang fikir SPRM tidak tegas

Peguam tegur Alif Teega dan Aisyah Hijanah beria kongsi momen penahanan SPRM - Nanti orang fikir SPRM tidak tegas


Seorang peguam yang dikenali sebagai Kak Ratu tampil memberikan pandangannya mengenai perkongsian yang dibuat pasangan pempengaruh Aliff Teega dan Aisyah Hijanah tentang pengalaman mereka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.


Menerusi hantaran di TikTok, Kak Ratu berpendapat Alif dan Aisyah tidak sepatutnya membuat siaran langsung dan berdiskusi tentang pengalaman mereka yang dilayan dengan baik sepanjang berada di bawah tahanan SPRM.


@ohbulanofficial Ohhhh rupanya Aishah dengan Aliff Teega la haritu ea? Kekal positif 👍🏻 #ohbulan #sembangentertainment #aishahhijanah #aliffteega #kongsi #pengalaman #kena #tahan #dengan #sprm ♬ original sound - OHBULAN!



Ini pandangan peribadi saya sebagai seorang peguam. Alif dan Aisyah sepatutnya ‘zip’ mulut mereka berkenaan layanan SPRM semasa direman. Tak perlu buat ‘live’ dan berdiskusi tentangnya.

 

Mungkin niat mereka berdua adalah cuba untuk menunjukkan bahawa layanan SPRM adalah professional tetapi tidak ya.

 

Menurut wanita itu, kenyataan yang keluar daripada pasangan pempengaruh itu akan membuatkan orang ramai menganggap bahawa pihak berkuasa akan memberikan layanan yang baik terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS).


Tanpa disedari kenyataan itu akan membuatkan orang lain berprasangka bahawa SPRM melayan OYDS terlalu baik dan tidak tegas dalam membuat siasatan terutamanya kepada orang yang disyaki melakukan jenayah.

 

Kalau dah dilayan seperti sahabat baik siap bahagia di dalam bilik berhawa dingin, makan makanan yang pegawai SPRM makan, adakah bermaksud mereka dilayan seperti VVIP?

 

Apa gunanya reman?

 


"Reverse psychology"

Ramai netizen membuat andaian bahawa mereka menggunakan kaedah "reverse psychology" untuk meredakan kemarahan orang awam.





Terdahulu, Alif & Aisyah memaklumkan bahawa pihak SPRM memberi layanan yang baik dan menyifatkan organisasi itu sangat profesional sepanjang mengendalikan kes mereka.


Tambah pasangan itu, mereka juga ditempatkan dalam tempat berhawa dingin dan diberikan makanan yang sedap oleh pegawai SPRM yang bertugas.


Sumber: TikTok Kak Ratu


Post a Comment

0 Comments