Ramai menyangka pemilik hartanah boleh raih keuntungan dengan membuat sewaan, walaupun realitinya tidak seindah yang disangkakan.
Mana tidaknya, ada kala pemilik hartanah pula terpaksa menanggung kerugian yang besar ekoran perangai segelintir penyewa dari ‘neraka’.
Baru-baru ini, tular hantaran di FB tentang seorang pemilik rumah sewa yang berjaya membongkar kegiatan penyewa jual perabot rumahnya secara senyap-senyap dan sedang mencari individu yang sudah menjadi mangsa.
Wanita itu mahu pembeli yang telah menjadi mangsa penipuan untuk tampil ke hadapan dengan harapan dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Difahamkan si penyewa cuba menjual hampir keseluruhan perabot di rumah tersebut menerusi sejumlah grup FB dengan niat boleh meraih wang segera.
Hantaran pemilik rumah itu ternyata meraih perhatian netizen dan rata-ratanya membidas tindakan penyewa yang berniat jahat itu kerana mahu menjual perabut di rumah didiami demi mendapatkan wang mudah.
Lebih mengejutkan lagi, ada individu yang mendakwa suspek juga sebenarnya pernah melakukan penipuan dalam urusan rumah sewa dengan menyamar sebagai pemilik kediaman lalu mengambil deposit mangsa.
Dalam masa sama selepas mendengar nasihat daripada netizen, pemilik rumah itu memaklumkan bakal membuat laporan polis segera untuk tindakan selanjutnya.
Kredit: Vocket
0 Comments