Polis minta bantuan kesan Nur Aina Faqihah


KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu di Lurah Bilut, Bentong.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, sekitar 12.15 tengah hari Rabu lalu.


Beliau berkata gadis itu berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 165 sentimeter dan berbadan sederhana itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Lama, Lurah Bilut, Bentong.


"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments