Kelihatan
sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya.
Ramai rakyat Malaysia teruja untuk bekerja di
Singapura kerana nilai gajinya berlipat kali ganda berikutan mata wang dolar
negara itu lebih kukuh berbanding ringgit.
Tidak dinafikan banyak cabaran
dilalui golongan 'RUN SG', iaitu mereka yang berulang-alik antara dua negara
setiap hari untuk mencari rezeki.
Mereka bukan sahaja perlu bangun
awal pagi kerana melalui pusat pemeriksaan di sempadan, malah terpaksa menempuh
kesesakan lalu lintas.
Namun dalam keterujaan mereka
bekerja di Singapura, apa yang kurang sedap didengar apabila segelintirnya
tidak menjaga adab dan etika apabila berada di negara orang.
Seorang lelaki berkongsi beberapa gambar menunjukkan kawasan laluan RUN SG, dicemari dengan sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya.
Jelas kelihatan banyak sampah yang
terdiri daripada bungkusan plastik makanan dan minuman dibuang merata-rata di
tepi jalan.
“Buat semua brother dan sister
Run SGD yang lalu kawasan ini... dari Wooodland CP (Pusat Pemeriksaan Wooodland
ke arah waterfront (Jalan tepi laut), tolong jangan buang sampah di sini.
“Takut satu hari nanti, kawasan
ini akan ditutup,” tulisnya menerusi satu hantaran di grup Facebook.
Rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura.
Menurut lelaki itu, kawasan
tersebut selama ini menjadi tempat santai dan rehat buat sebahagian rakyat
Malaysia yang menaiki kenderaan untuk bekerja di Singapura.
“Nanti ditutup untuk kita
sama-sama beristirehat dari penat menghadap kesesakan lalu lintas setiap pagi.
Datang rumah orang jagalah adab... apa salahnya letak (sampah) dalam bakul motosikal dulu. - NETIZEN
“Hanya sebagai teguran manja untuk
kebaikan bersama. Nanti tak pasal-pasal, kerana nila setitik rosak susu
sebelanga,” ujarnya lagi memberi nasihat.
Umum mengetahui Singapura amat
menitikberatkan kebersihan, seperti gula-gula getah diharamkan di negara itu,
malah membuang sampah kecil seperti puntung rokok atau pembungkus gula-gula
juga boleh dikenakan denda.
Sampah sarap seperti bungkusan makanan dan minuman dibuang merata-rata.
Foto Facebook
Menerusi ruangan komen, rata-rata
netizen turut kesal dengan mentaliti segelintir mereka yang memasuki negara itu
dari Malaysia terutama dalam kalangan penunggang motosikal kerana tidak menjaga
kebersihan.
“Sudahlah mencari rezeki kat
negara orang, adab tak jaga.
“Datang rumah orang, jagalah adab.
“Mentaliti... apa salahnya letak
(sampah) dalam bakul motosikal dulu. Jumpa tong sampah, buanglah.
“Ini semua ‘monyet-monyet’ RUN SGD
lah,” demikian antara komen netizen.
0 Comments