Rakaman pemain Badminton China Zhijie tiba-tiba rebah

Rakaman pemain Badminton China Zhijie tiba-tiba rebah


Jakarta: Seorang pemain badminton China berusia 17 tahun meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa kejohanan antarabangsa di Indonesia, kata pegawai badminton pada Isnin.


Zhang Zhijie rebah dalam keadaan tertiarap semasa perlawanan lewat semalam menentang Kazuma Kawano dari Jepun di Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.


Ketika kedudukan 11-11 pada perlawanan set pertama Zhijie tiba-tiba rebah ke lantai.


Seorang doktor dan pasukan perubatan segera ke tempat kejadian dan dia dibawa ke hospital dengan ambulans dalam beberapa minit, tetapi sudah meninggal dunia.


"Pemain perseorangan China, Zhang Zhijie, rebah di atas gelanggang semasa perlawanan pada sebelah malam," kata Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan bersama hari ini.


"Dia dihantar ke hospital di mana dia meninggal dunia pada 11:20 malam waktu tempatan semalam.


"Dia dirawat oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan. Dia dibawa dalam ambulans siap sedia dalam masa kurang dua minit dan dihantar ke hospital.


"Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarga, dan Persatuan Badminton China."


"Dunia badminton kehilangan pemain berbakat," tambah kenyataan itu.

Post a Comment

0 Comments