Rita Rudaini lebih layak terima Ikon Ibu Tunggal bukan Puteri Sarah - Netizen

Rita Rudaini lebih layak terima Ikon Ibu Tunggal bukan Puteri Sarah - Netizen


Ramai telah mengetahui pelakon Puteri Sarah telah menerima pengiktirafan apabila diberikan anugerah khas pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana baru- baru ini.


Wanita berusia 38 tahun itu dipilih kerana menjadi ikon ibu tunggal yang memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana di mana seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak.


Netizen rasa Puteri sarah tak layak menang anugerah ikon ibu tunggal…

Kebanyakkan warganet mempertikaikan anugerah yang diberikan kepada Puteri Sarah di mana rata-ratanya menaikkan nama pelakon, Rita Rudaini sebagai seorang ibu tunggal yang lebih layak untuk menerima anugerah terbabit.


Ini kerana, netizen menganggap perjalanan hidup Rita sebagai ibu tunggal membesarkan dua orang anak selama bertahun-tahun lebih hebat sehinggalah anaknya berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran jika hendak dibandingkan dengan Puteri Sarah.





Apapun, itu rezeki Puteri Sarah kan…

Namun begitu, biarpun ramai yang pertikai, ada juga beberapa netizen yang meninggalkan respon positif serta menyifatkan kemenangan ini adalah rezeki pelakon drama Andai Itu Takdirnya.




Semoga ibu-ibu tunggal di luar sana tabah dan sabar membesarkan anak-anak sendirian. Anda layak bahagia.


Kredit: Oh media

Post a Comment

0 Comments