KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies menepis dakwaan tidak
sensitif apabila hadir ke mahkamah dalam keadaan gembira seolah-olah tidak
bersalah hingga dikecam netizen.
Berkongsi lanjut mengenainya, Ruhainies atau nama
sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata dia tidak pandai
berpura-pura atau berlakon sengaja menangis di hadapan kamera.
"Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media. Saya
teruja selepas sekian lama tak jumpa anda semua
"Saya bersyukur sebab kalian sudi datang awal pagi dan
meluangkan masa untuk prosiding hari ini.
"Takkanlah saya nak menangis pula, lagi pun, saya tak
pandai berlakon atau menangis depan kamera," katanya kepada ditemui
selepas prosiding pertuduhan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah
Persekutuan, di sini, pagi tadi.
Ditanya adakah benar datang bersama Aliff apabila dilihat
jalan seiringan menuju perkarangan mahkamah, Ruhainies sekali lagi menyangkal
dakwaan itu.
"Kami tak datang bersama. Kami datang berasingan, cuma
waktu tiba sama dan parkir berdekatan," jelas pelakon drama bersiri
Menantu Ting Tong itu.
Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah
Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat
mereka yang dilapor berlaku di sebuah kondominium mewah, di sini, pada 9 Mac
lalu.
Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan
jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.
Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang
dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa
bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.
Sumber dilapor berkata, tangkapan dibuat JAWI adalah
berdasarkan maklumat awam. Pasangan selebriti yang sibuk menjalani penggambaran
drama itu, dilapor ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing
tampil memberi penjelasan menerusi hantaran Instagram (IG) berhubung
kontroversi tercetus.
Aliff dilapor menjelaskan tiada apa yang berlaku antara
dirinya dan Ruhainies ketika diserbu JAWI di kondominium milik aktres
berkenaan.
Ruhainies turut menjelaskan kronologi kejadian selain
berharap Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah tidak berpisah.
Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah
tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7,
dan Ara Adreanna, 4.
Kredit: Berita Harian
0 Comments