Sarah Suhairi kahwin duda anak 3, sedia galas tanggungjawab ibu ‘segera’

Sarah Suhairi kahwin duda anak 3, sedia galas tanggungjawab ibu ‘segera’



HULU LANGAT: Dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan yang diadakan di sebuah premis acara di Barern Hill, di sini, kira-kira jam 8.29 pagi tadi.


Difahamkan Aswad Anuar merupakan duda anak 3.  Pasangan mempelai itu diijabkabulkan bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.


Pada majlis itu, Sarah, 24, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486. Bagaimanapun jumlah hantaran dirahsiakan.


Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.


Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan media massa.


Berita perkahwinan penyanyi SAH itu cukup mengejutkan kerana Sarah tidak pernah berkongsi kisah cinta kepada umum dan bertunang pada 27 Januari lalu.


Sarah dan Aswad mula berkenalan pada 2020 dan mempunyai minat sama iaitu sukan berkuda.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments