"Saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini" - Mahmud Jumaat




Selepas mengumumkan untuk menarik diri daripada terus mewakili anak guamnya Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu kepada arwah Zayn Rayyan, status media sosial Tuan mahmud Jumaat turut mendapat perhatian ramai. 



Menurutnya, beliau bukanlah peguam yang sesuai untuk mengendalikan kes ini. Tuan Mahmud turut mendoakan keadilan kepada kes adik Zayn Rayyan. Beliau juga berharap orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang akan memburukkan lagi perjalanan perbicaraan kes. 


Sebelum ini peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co telah menjadi peguambela terhadap puan Ismanira yang dituduh atas kematian anaknya iaitu Zayn Rayyan pada Disember tahun lepas yang dibunuh selepas pulang daripada sekolah.


Netizen turut menyokong keputusan yang dibuat oleh Tuan Mahmud dan mendoakan keadilan buat arwah adik Zayn Rayyan





Kredit: FB MahmudJumaat 

Post a Comment

0 Comments