Selepas baju, kini gambar atlet sukan Olimpik pula dikritik

 


Kejohanan sukan berprestij iaitu Sukan Olimpik telah berlangsung di Paris yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos, 2024. Malaysia turut menghantar atlet kebangsaan seramai 26 orang yang bertanding dalam pelbagai acara sukan. 


Sebelum ini, orang ramai telah mengkritik baju atlet kebangsaan yang dipakai ketika Olimpik kerana corak dan rekaan yang tidak menonjol dan menarik. Namun kali ini, sekali lagi orang ramai terkejut dengan poster yang dikeluarkan untuk memeperkenalkan atlet kebangsaan yang bertanding. Poster tersebut dilihat tidak setanding dengan acara sukan yang 'gah' itu.




Poster itu turut dihujani pelbagai kritikan daripada orang ramai.


"Gambar macam buat buku skrap sekolah"





"Gambar fesyen rambut kedia gunting Mamak"





"Guna paint ke ni?"



Malahan orang ramai turut membezakan poster atlit sukan Paralimpik 2020 yang berlangsung di Tokyo.



Bagaimanapun, menurut pengguna yang memuat naik gambar itu, poster tersebut bukanlah keluaran rasmi mana-mana pihak seperti yang disalah tafsir oleh orang ramai.


“Ya betul itu bukan poster rasmi. Hanya ‘fan-made’ (buatan peminat),” kata pengguna tersebut.


Sejak malam tadi, orang ramai melontarkan pelbagai pandangan dan kritikan terhadap poster tersebut kerana menyangka ianya direka oleh pihak atasan.


Salah faham yang ditimbulkan itu turut dikaitkan dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sehingga pihak-pihak tersebut menerima kecaman bertubi-tubi daripada peminat sukan tanah air.


Difahamkan, gambar-gambar pasport kontinjen negara di dalam poster tular itu diambil daripada laman sesawang rasmi Olimpik Paris 2024 yang diguna pakai dalam ‘accreditation card’ (kad akreditasi) setiap atlet.


“Gambar dalam poster ni semua ambil dari laman sesawang rasmi Olimpik, dipakai untuk ‘accreditation card’ sebab tu macam gambar pasport. Ni bukan poster rasmi pun,”.


#BorakViral

Post a Comment

0 Comments