GELAGAT anak pelakon Raja Ilya iaitu Talita Love belajar bahasa Melayu membuatkan netizen terhibur.
Menariknya, Talita diajar oleh suami pelakon filem KL Vampires itu sendiri iaitu Trent Garret yang merupakan ahli perniagaan kelahiran Australia.
Telatah dua beranak itu dilihat menerusi video yang dimuat naik Raja Ilya dalam Instagram.
VIDEO:
Biarpun kini menetap di Perth, Australia, namun Raja Ilya tetap tidak melupakan asuhan dan didikan bertutur dalam bahasa Melayu.
Perkara itu lantas membuat warga maya memuji dengan tindakan Raja Ilya.
Rata-rata mengatakan meskipun berada di luar negara, Raja Ilya tetap tidak melupakan asal usul. Malah peminat turut mengharapkan agar Talita fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut jejak langkah ibunya sebagai pelakon.
Kredit: Kosmo
0 Comments