Shima ada alasan terpaksa tanggal tudung

Shima ada alasan terpaksa tanggal tudung

 


Sekian lama tidak muncul dalam mana-mana acara hiburan, penyanyi Shima mengejutkan ramai pihak apabila dilihat tampil tanpa mengenakan tudung semasa melakukan sesi siaran langsung di aplikasi TikTok.


Menjelaskan mengenai perkara itu, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 55, memberitahu dia sudah lebih tiga tahun tidak mengenakan hijab atas alasan faktor kesihatan.


Malah, dia sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan berbincang dengan suami sebelum membuat keputusan berkenaan.


"Saya sudah lama tak pakai tudung tetapi disebabkan kehidupan saya agak private jadi orang tak tahu.


"Saya selalu berdepan migrain, jadi saya tak boleh kena panas sebab saya ada alahan.


"Selepas dapatkan nasihat dari doktor dan bebincang dengan suami, saya buat keputusan untuk buka tudung. Bukan suka-suka saya buka," katanya.


Ditanya penerimaan peminat mengenai imejnya tanpa hijab itu, Shima berkata dia berlapang dada menerima setiap komen kerana tidak semua mengetahui keadaan cerita sebenar.


"Ramai yang mengutuk tapi saya abaikan sahaja. Kutuklah selagi mahu, saya terima sahaja sebab mereka tak tahu hujung pangkal.



"Terpulang kepada mereka nak cakap apa, itu antara mereka dengan Tuhan," jelasnya.


Sebelum ini, penyanyi lagu Teringin itu bertindak memuat naik video tanpa mengenakan hijab di laman TikTok sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.


Dalam video tersebut, Shima tampil dengan potongan rambut pendek dan meminta orang ramai untuk mengikuti akaun TikTok miliknya.


Kredit: MStar

Post a Comment

0 Comments