Siapa sangka "Pak Maun" bukan saja handal berlakon, tapi juga guru mengaji



Dato' Mahmud Jun atau Mahmood June (20 Januari 1921 – 14 Februari 2002) merupakan seorang seniman serba boleh dan sering melakonkan watak-watak "bengis" dalam filem Melayu. Nama sebenar beliau ialah Mahmood Bin Derani. Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1921 di Alor Ganu, Mukim Titi Gajah, Alor Setar, Kedah.



Sebelum menceburi bidang seni, Mahmud June bekerja sebagai tukang angkat beg di stesen kereta api Ipoh. Kemudian, beliau melibatkan diri di dalam pentas bangsawan dengan menyertai kumpulan Grand Nooran OperaSeri Nooran OperaRubis OperaRoyal Star OperaUnited OperaOriental OperaGrand Jubilee Opera dan M. June Opera. Watak pertamanya di bawah bangsawan Pak Yem ialah melalui pementasan Porter 13.


Setelah melibatkan diri di dalam pentas bangsawan, beliau menyertai Cathay-Keris Film Productions di Singapura dan filem pertamanya di Cathay Keris ialah Orang Lichin arahan L. Krishnan pada tahun 1958. Watak-watak zalim dan bengis yang dilakonkan oleh beliau sangat berkesan sehingga penonton-penonton filem Melayu pada ketika itu membencinya.




Lakonannya sangat berkesan dan menimbulkan rasa benci penonton kepadanya. Malah di satu peringkat, Mahmud June pernah diludah oleh penonton yang baru keluar daripada panggung wayang selepas menonton filem Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang.




Sehingga kini, beliau sangat terkenal dengan nama panggilan Pak Maun iaitu salah satu watak yang dilakonkannya dalam filem Nasib Do Re Mi (1966). Mentang-mentanglah ada menari twist, 10 tiket dia balun. Lepas tu dia berjoget sakan di Malam Pesta Muda Mudi sampai bentara guru datang serang.



Pernah berkahwin 16 kali

Dalam kehidupan peribadinya, beliau pernah berkahwin sebanyak 16 kali dan dengan Maharom Abdul Ghani, jodohnya kekal hingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh perkahwinannya, beliau dikurniakan enam anak, 16 cucu dan tiga cicit.




Guru Mengaji

Di luar bidang lakonan, seniman legenda Mahmud June merupakan seorang guru Al-Quran di Kampung Laksamana, Batu Caves.


Dalam satu temu bual, Mahmud June menyatakan beliau mengajar anak-anak kampung membaca Al-Quran secara percuma.


"Saya ingat pesan guru agama saya dulu, kalau ajar orang mengaji Quran jangan minta apa-apa", katanya. 


Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 14 Februari 2002 pada pukul 5.50 petang ketika berusia 81 tahun dirumahnya di Kampung Laksamana, Selayang. Sebelum itu, beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung, Hospital Selayang kerana menghidap penyakit asma dan masalah paru-paru. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang.




Al- Fatihah 



Post a Comment

0 Comments