Keluarga
Aliff (kiri) menitipkan ucapan hari lahir buat Ayden dan Ara.
Ibu kepada Aliff Aziz meluahkan rasa rindu
terhadap dua orang cucunya selepas sudah lama tidak bertemu dengan mereka
susulan isu membabitkan aktor berkenaan dan bekas isterinya, Bella Astillah.
Siti Hafiza Basharahil berkata,
dia tidak pernah berhenti untuk sentiasa berada di sisi Ayden Adrean, 7 dan Ara
Adreanna, 4, selain tetap mahu mengekalkan ukhwah sebagai keluarga.
"Walaupun kami tidak dapat
berjumpa atau bercakap dengan Ayden dan Ara sehingga hari ini, kami tidak
pernah berhenti mencuba untuk hadir dalam kehidupan awak (Ayden dan Ara),"
katanya.
Siti Hafiza meluahkan rasa rindu menerusi hantaran di Instagram.
Siti Hafiza berkongsi perkara itu
menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
Dalam pada itu, Siti Hafiza turut
menitipkan ucapan hari lahir buat Ayden dan Ara yang berkongsi bulan kelahiran
sama.
Ibu kepada penyanyi lagu Kalau
Cinta ini memberitahu dia sekeluarga ada mengirimkan hadiah buat mereka dan
berharap agar pemberian tersebut diterima oleh cucu-cucunya itu.
"Ucapan hari lahir dan nota
cinta buat cucu kesayangan saya Ayden dan Ara. Selamat hari lahir buat
cucu-cucu Umi Wan (panggilan Hafiza). Masya-Allah, Alhamdulillah Ayden awak
berusia 7 tahun hari ini.
"Bergembiralah di hari lahir
awak. Kami ada hantarkan hadiah dan kami harap awak berdua (Ayden dan Ara)
menerimanya," ujarnya.
Siti Hafiza turut meluahkan
perasaan sayang kepada mereka dan mendoakan agar Ayden dan Ara dipanjangkan
usia.
Bella kini mendapat hak penjagaan Ayden dan Ara sepenuhnya. |
"Umi Wan, Tok Ayah Daddy
(bapa Aliff), Aisyah dan Ain (adik Aliff) doakan Ayden panjang umur, menjadi
anak soleh dan khalifah yang berjaya di dunia dan akhirat.
"Sampai kita berjumpa lagi
insya-Allah, kami semua sayang awak berdua selamanya," katanya.
Untuk rekod, Aliff dan Bella
bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah
tangga.
Selepas melafazkan cerai, Aliff
bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka kepada Bella.
0 Comments