Nama Syamsul naik lagi! Nampaknya selagi tidak bersuara tentang pelbagai khabar angin yang bertebaran tentangnya, selagi itulah netizen akan terus menyerang.
Terbaharu, video yang memaparkan dia melawat kebun durian ‘diserang’ netizen.
Bukan kerana teruja melihat kebun buah tersebut tetapi meminta dia pulang ke rumah keluarga.
Mana tidaknya, sudah lama juga Syamsul tidak melawat ibu bapanya dan netizen pula yang terlebih prihatin ketika ini.
Ada yang sampai meminta dia bawa Ira Kazar pulang sekali untuk minta restu dan sebagainya. Macam-macam idea!
Apa pun, cepatlah berakhir kemelut dan rajuk antara mereka. Media pun penat juga hendak melayan drama sebegini.
Netizen turut berseloroh Ira Kazar nanti dapat makan durian percuma sebab sudah ada kebun!
Kredit: Kosmo
0 Comments