"Tahniah , content kau baru-baru ini dah bagi fitnah kat agama" - Hafiz Mahamad diselar netizen


Nama pempengaruh Hafiz Mahamad menjadi perhatian apabila video lama menunjukkan dirinya berhimpit di depan Kaabah pada Mac lalu tular semula di media sosial.


Lebih memburukkan keadaan apabila video itu dikongsi orang luar negara yang tidak tahu menahu mengenai isu terbabit.


Walaupun Hafiz sudah menjelaskan perkara sebenar, nampaknya video tersebut menjadi modal fitnah sehingga ada pengguna X memburuk-burukkan agama Islam di mata dunia.




Video tersebut viral hingga dipandang serong oleh agama lain, netizen kebanyakannya berasa malu dengan tindakan Hafiz Mahamad dan menasihati usahawan itu untuk lebih berhati-hati apabila melakukan konten di media sosial.


Saya nak bertanggungjawab kerana agama





Hafiz Mahamad memberi respons susulan video yang tular kembali.


“Ada yang nasihat untuk saya diam. Tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas ‘statement’ (kenyataan) atau ‘perception’ (persepsi) daripada Tweet ini,” itu respons usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad.


“Hari ini ramai sahabat yang ‘update’ tentang ini. Terima kasih sahabat kerana ‘inform’ (beritahu) saya.


“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan daripada pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini.


“Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik,” katanya hari ini.


Diharapkan Hafiz Mahamad dapat menyelesaikan video yang tular tersebut secepatnya untuk mengelakkan lebih banyak lagi fitnah yang dilemparkan daripada orang yang memusuhi Islam.




Post a Comment

0 Comments