“Tak mengapa kalau tak ada wali” – Bapa sebak dapat tahu guru sekolah pondok hamilkan anak bawah umur

“Tak mengapa kalau tak ada wali” – Bapa sebak dapat tahu guru sekolah pondok hamilkan anak bawah umur


Bapa mana yang tak sedih bila dapat tahu anak bawah umur yang dihantar ke sekolah pondok, termakan dengan tipu daya guru di sana sampai ‘rosak’. Apa yang jadi ni?


Menerusi podcast Curhat Bang Denny Sumargo, individu yang dikenali sebagai Mat Rokim meluahkan rasa kecewa dengan tindakan guru yang menikahi anaknya tanpa pengetahuannya.


Si anak juga tampil menjelaskan bahawa dia dan gurunya yang dikenali sebagai Muhammad Erik @ Muhammad Ariffin telah bernikah tanpa wali.


Dia (cikgu) beritahu, ‘Tak mengapa kalau tak ada wali’.

Kami juga melalui ‘malam pertama’ sebagai suami isteri di rumah rakannya.

Mereka telah bernikah pada 15 Ogos 2023, tetapi baru diketahui oleh bapanya pada tahun ini.


Rasa gagal sebagai bapa



Lebih menyedihkan, remaja tu bernikah dengan gurunya ketika dia masih berumur 16 tahun dan difahamkan sudah mengandung anak kepada ‘suami tak sah taraf’ itu.


Guru tersebut memberitahu anak bahawa kalau dia menikah dengannya, akan masuk syurga.

Dan ketika ini, saya rasakan yang saya telah gagal sebagai seorang ayah yang baik kepadanya.


Menurut pegawai  Pejabat Agama Kemenag, Pondok Pesantren Hubbun Nabi Muhammad SAW itu tidak berdaftar dan tidak sah.


@dennysumargoreal JERITAN HATI SEORANG AYAH #curhat #dennysumargo #viral #trending #fyp ♬ suara asli - DENNY SUMARGO

 

Kredit: Ohmedia

Post a Comment

0 Comments