Tak perlu childfree, tak nak anak bagi saya - Hazama

Tak perlu childfree, tak nak anak bagi saya - Hazama


PETALING JAYA: Penyanyi Hazama berpendapat suami isteri muda yang memilih gaya hidup tidak berzuriat atau 'childfree' yang dikatakan menjadi aliran terkini pasangan kelamin, sebagai sesuatu yang merugikan.


Namun, Hazama atau nama sebenar, Hazama Azmi, 40, enggan menyalahkan pasangan terbabit kerana mereka berhak menentukan masa depan sendiri.


"Secara peribadi, saya fikir sangat rugi sebab anak itu sebenarnya pengikat kasih sayang yang membuatkan kita belajar banyak perkara.




"Tetapi terpulanglah kepada setiap pasangan. Siapa saya untuk cakap lebih-lebih. Mungkin mereka belum mendalami erti perkahwinan yang sebenar atau ada matlamat lain.


"Bagi saya, kalau berkahwin dan boleh dapat anak, biarlah ada anak. Nanti, bila kita hendak (anak), Allah tidak bagiu, bagaimana pula?" katanya ditemui pada sesi pradengar album Pujangga di kediamannya di sini, hari ini.


Penyanyi lagu Ku Relakan Jiwa ini turut menyelar pasangan tidak bertanggungjawab yang tergamak mendera atau membuang anak yang diamanahkan kepada mereka.


"Sayang sangat sebab Tuhan bagi bukan untuk itu. Kadang kala apabila saya dengar isu ini, saya termenung dan terfikir kenapa Tuhan bagi dekat orang macam itu.


"Patut bagi (anak) kepada saya yang tahu dan mahu jaga anak. Kita kena ingat, apa yang kita buat ada balasannya. Tanggunglah nanti jika buat begitu," katanya.


Sejak akhir-akhir ini, konsep kehidupan tanpa anak kembali popular terutama dalam media sosial seperti TikTok, Instagram (IG) dan YouTube sehingga menjadi perdebatan ramai.


Selain dipercayai bagi memenuhi gaya hidup, keputusan untuk tidak memiliki anak dikatakan didorong faktor ekonomi.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments