Tenang hirup bakso dihadapan jemaah solat Jumaat


Baru-baru ini tular satu video menunjukkan sekumpulan wanita sedang makan bakso di hadapan jemaah menunaikan solat Jumaat.


Video tersebut dimuat naik di Instagram oleh  tanya.warga pada 26 Julai 2024 dan menunjukkan situasi yang menarik perhatian umum.


Dalam video itu, kelihatan beberapa lelaki sedang menunaikan solat Jumaat dengan khusyuk.


Bagaimanapun, di kawasan sama, beberapa wanita dilihat beratur untuk membeli bakso, manakala yang lain sedang menikmati hidangan di tempat makan yang terletak betul-betul di hadapan jemaah solat.


Turut kelihatan seorang penjual bakso yang sedang sibuk melayan pembelinya.


Masih belum diketahui di mana video itu diambil.


Namun, netizen kesal dengan penyebaran video tersebut.


Sebabnya, sesetengah wanita yang sedang makan di hadapan orang ini dianggap tidak beradab.


VIDEO: 



Selain itu, netizen turut mengetengahkan penjual bakso yang bergelar lelaki tetapi masih sibuk berniaga di hadapan jemaah solat Jumaat.


"Ini bukan soal mindset...tapi pasal adab, malang sangat kak...maaf bro, kamu macam mana, tidak solat???? Kalau bukan Islam tahu adab," kata @mizh.de*** .


"Masjid mana ni? Kenapa solat atas jalan? Apa salahnya penjual pun tutup kalau orang solat terutama solat Jumaat... Giileess," tambah @sofi_tikki_c***.


Sumber: kilat

Post a Comment

0 Comments