Tergamak bunuh nenek angkat hanya kerana seutas rantai emas


Bintulu: Seorang lelaki tergamak membunuh nenek angkatnya di Kampung Dato, di sini, semalam, dipercayai hanya kerana mahu mencuri seutas rantai emas.


Mangsa, Roseah Mahli, 88, ditemukan meninggal dunia oleh orang awam di kediamannya kira-kira 11 malam sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis.


Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, suspek berusia 29 tahun ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di sebuah hotel di Taman Sri Dagang di sini, 12.30 tengah hari tadi.


Beliau berkata, hasil siasatan, lelaki itu mengaku menjual seutas rantai emas dipercayai milik mangsa sebelum memandu arah polis ke lokasi penjualan barangan kemas terbabit di sebuah kedai emas di Pasar Bintulu.


"Suspek ditahan bagi membantu siasatan manakala barang kes dirampas bagi siasatan lanjut bersabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kredit: Harian Metro


Post a Comment

0 Comments