Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mendedahkan dia dan ibunya pernah melalui tempoh sukar dalam kehidupan mereka.
Pernah ‘homeless’
Menerusi perkongsian di podcast Debonair, Diana, 32, berkata, dia tidak mampu untuk membeli makanan dan terpaksa menumpang tempat tinggal di rumah kawan.
Saya pernah rasa cemas. Saya pernah rasa sedikit tertekan sebab tak mampu untuk membeli satu paket beras atau nasi lemak RM1.
Saya dan ibu saya pernah menjadi gelandangan. Kami tinggal bersama keluarga di rumah kawan-kawan.
Disebabkan kejadian tersebut, Diana belajar untuk menghargai kehidupan dan tidak mengambil pusing kata-kata orang lain.
Jadi ke depannya, ia memberikan saya rasa kehidupan itu. Ia bukan tentang mengejar sesuatu yang lebih besar atau mahu membuktikan kepada sesiapa kenapa saya membuat sesuatu perkara.
@debonair_podcast At one point @Diana Danielle ♬ original sound - Debonair
Kredit: OhBulan
0 Comments