PETALING JAYA – “Satu rumah satu bonggol, 100 meter jalan lebih lima bonggol ada. Nampak lebih menyusahkan pengguna, boleh rosak kereta, motosikal yang lalu”.
Itu antara reaksi orang ramai selepas tular rakaman dikongsikan pengguna TikTok @ellyschubbyss memaparkan sebuah jalan di kawasan taman perumahan yang dibina banyak bonggol.
Menerusi video berdurasi 29 saat itu, individu yang merakam situasi di dalam kereta ketika melalui jalan yang berbonggol berasa terhibur dan dalam masa sama dia turut mempersoalkan tujuan pembinaan bonggol dengan jarak dekat.
Dalam video sama, dapat dilihat bonggol terbabit seolah-olah dibina khas untuk setiap rumah sepanjang laluan tersebut.
“Terpaling banyak bonggol penah aku lalu,” tulisnya di ruang kapsyen.
Difahamkan, laluan tersebut di salah sebuah taman perumahan dekat Sungai Udang, Melaka.
Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai dengan lebih 560,000 tontonan sejak semalam.
VIDEO:
Malah, ada netizen sempat berseloroh bahawa laluan tersebut digunakan untuk latihan berkuda serta sebagai kegunaan atlet lari berhalang.
Laluan berkuda ni kak, biasalah.. kuda pun nak berlatih ‘outdoor’,” seloroh @fadd.
Bagaimanapun, ada yang meninggalkan komen memaklumkan kawasan tersebut sering berlaku kemalangan dan sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa membina beberapa bonggol bagi memastikan pengguna dapat memperlahankan kenderaan ketika melaluinya.
“Kawasan perumahan memang elok buat bonggol jalan macam ini takut budak main luar rumah, kereta laju-laju,” kata @scotts.
Sebab dekat sini orang bawa kereta laju-laju, takut anak-anak kawasan perumahan itu nak balik sekolah ke apa bahaya,” komen @Lisa Gojes
Kredit: Kosmo
0 Comments