Warga kampung Rajabasa Lama, Lampung Timur, Indonesia dikejutkan dengan penemuan satu mayat wanita di dalam guni yang diletakkan atas motor Honda Vario di kebun jagung pada Khamis, 18/7/2024.
Pada awal kejadian, seorang pekebun tempatan bernama Oki Pranata menemui mayat tersebut ketika Oki sedang mencari rumput untuk haiwan ternakkannya. Oki melihat ada sebuah motorsikal dan guni putih yang disangkanya barangan penghantaran.
"Saya melihat guni tersebut bentuknya seperti tubuh manusia tapi saya tak berani sentuh barang orang jadi saya beritahu kawan-kawan yang lain untuk memeriksa guni tersebut" - kata Oki
Sebaik terjumpa mayat wanita itu, orang ramai segera melaporkan perkara itu kepada polis dan tidak lama kemudian pihak polis tiba ke lokasi kejadian.
Sementara itu ketua kampung, Junaidi menyatakan bahawa beliau ada menerima aduan daripada pihak keluarga mangsa bahawa anak perempuan mereka bernama Rias Nuraini tidak pulang ke rumah sejak keluar pada hari Rabu sekitar jam 10 pagi sebelum mayatnya ditemukan pada keesokkan harinya pada hari Khamis di kebun jagung pada jam 12 tengah hari.
"Menurut keterangan pihak keluarga mangsa, mangsa keluar rumah pada hari tersebut untuk menghantar pesanan orang kerana mangsa memang ada buat jualan online jual buah longan. Sejak keluar rumah tu terus tak ada khabar berita " kata Junaidi.
"Waktu itu, mangsa keluar dari rumah hendak mengantarkan buah longan, karena korban setiap hari berjualan online. Waktu kemarin keluar rumah juga hendak mengantar pesanan," ungkap Junaidi.
Walaubagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti motif dan menjejaki individu yang bertanggungjawab dalam kes kematian Rias. Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibunuh di lokasi lain dan mayatnya ditinggalkan ke kebun jagung bersama motorsikal milik mangsa.
Kredit: Liputan 7
0 Comments