Wartawan TV3 alami kejadian aneh selepas telefon bimbit Farah Kartini ditemui

Wartawan TV3 alami kejadian aneh selepas telefon bimbit Farah Kartini ditemui

 


KUALA LUMPUR: Beberapa wartawan yang membuat liputan kisah pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah mengalami kejadian aneh sejurus telefon bimbit mangsa ditemui dalam parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, semalam.


Mengimbas kembali detik itu, seorang wartawan TV3 iaitu Fareez Azman memaklumkan, sebelum telefon bimbit itu ditemui dia bersama rakan petugas lain duduk tidak jauh dari parit berkenaan.


Katanya, secara tiba-tiba anggota polis yang melakukan selaman untuk mencari bahan bukti itu menjerit sambil menunjukkan telefon bimbit di tangannya.


Sejurus selepas itu, Fareez berkata semua pengamal media bergegas untuk menangkap gambar dan tidak mahu melepaskan detik penemuan telefon bimbit berkenaan.


"Sambil kami ambil gambar, ada angin berlalu. Rasa sedap… sejuk je. Tempat tu tak ada angin tau. Lepas tu kawan saya dekat belakang cakap, seronoknya ada angin macam ni sebab kami duduk dekat bawah pokok. Jadi angin ketika itu tak menentu la.


"Saya pun cakap, best la duduk bawah pokok macam ni sebab kami duduk menggunakan kerusi 'healing'. Jadi kami buat 'bodoh' je la," katanya dalam video di aplikasi TikTok.


@malaysiatribune Abg wartawan TV3, FareezAzmann kongsi pengalaman disapu angin di lokasi penemuan mayat Farah Kartini #wartawantv3 #fareezazman #nurfarahkartini #beritaseram #seramyaamat #bendahalus #bendakarut #misteri #pembunuhan #bedahsiasa ♬ original sound - malaysia tribune

Dalam pada itu, bercerita laniut, Fareez berkata selepas kejadian itu dia ada menemui seorang individu dan turut bertanyakan mengenai tiupan angin berkenaan.


Fareez Azman berkata, individu itu berbisik kepadanya dan mengatakan bahawa sekiranya perkara itu berlaku, kebiasaannya itu adalah ucapan terima kasih mangsa.


Tambahnya, individu itu turut mendedahkan, itu bukan pengalaman pertamanya merasakan tiupan angin sejurus menemui bahan bukti.


"Dia kata, pengalaman sebelum ini juga begitu. Bila sesuatu bahan-bahan yang penting untuk membantu kes (ditemui) untuk selesaikan dan sebagainya, begitulah yang berlaku.


"(Selepas mendengarkan pendedahan individu itu) saya termenung, sebab saya pun tak pernah alami kejadian seperti itu.


"Saya pernah pergi kawasan pembunuhan, kawasan orang cari bahan kes dan sebagainya tetapi tidak pernah rasakan angin seperti itu.


"Mungkin itu adalah simbol ucapan terima kasih, sebab kita tahu, mereka (anggota polis) melakukan yang terbaik untuk membantu arwah," katanya.


BH sebelum ini melaporkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan ladang sawit Kampung Sri Keledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Isnin lalu.


Mayat Nur Farah Kartini ditemukan jam 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.


Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Polis Perak kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.


Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kredit: Berita Harian 

Post a Comment

0 Comments