"Air hotel sangat kotor, saya risau ada mayat dalam tangki air" - Aleeya AVENYS

"Air hotel sangat kotor, saya risau ada mayat dalam tangki air" - Aleeya AVENYS

 


Kuala Lumpur: Tindakan pempengaruh media sosial dan usahawan, Aleeya Avenys berkongsi pengalaman dia dan keluarganya terpaksa berdepan masalah air kotor di sebuah hotel lima bintang di Melaka baru-baru ini bukan berniat untuk mencipta publisiti murahan.


Aleeya ketika ditemui berkata, dia terpanggil untuk berkongsi situasi yang berlaku supaya satu tindakan dapat dibuat dengan segera.


"Kami terpaksa menunggu selama tiga jam untuk mendapatkan air bersih. Air keruh dan kotor itu bukan saja di bilik saya dan suami, tetapi semua tujuh bilik yang ditempah turut menghadapi masalah sama.


"Sepanjang menadah air itu, macam-macam dalam fikiran termasuklah terbayang kisah yang bukan-bukan seperti kes mayat dalam tangki dan sebagainya.


"Kakitangan hotel itu sangat bagus. Mereka cuba membantu, namun mereka bukan pembuat keputusan. 


"Mereka juga beri kami diskaun untuk satu malam, tapi isunya sekarang bukan duit tapi kesihatan saya dan keluarga selepas ini.


"Kami tak tahu keadaan tangki itu bagaimana kualiti air itu begitu teruk dan membaca rungutan pelanggan lain yang menghadapi masalah sama" katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Sun Spectrum + oleh Avenys, baru-baru ini.




Menurut Aleeya, sehingga kini pihak hotel terbabit masih menjalankan siasatan dan berharap isu terbabit mendapat perhatian pihak pengurusan hotel berkenaan.


"Mereka sangat profesional dan faham isu berkenaan. Video yang saya kongsikan pun bertujuan memberi kesedaran untuk orang ramai dan tak nak perkara sama terjadi," katanya.


Terdahulu, Aleeya meluahkan rasa kecewa apabila air di bilik sebuah hotel terkemuka di Melaka yang didiami keruh pada awal Ogos lalu.

Post a Comment

0 Comments