Angkara tak puas hati dengan pemandu Honda, lori mengejar Honda hingga hilang kawalan dan melanggar kereta lain

 

KERETA Toyota Supra yang dilanggar selepas sebuah lori hilang kawalan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam.


Kuala Lumpur: Adegan lori mengejar sebuah kereta akibat tidak puas hati berakhir dengan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan lain di Jalan Pudu, di sini, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan beberapa video berhubung kejadian itu yang tular di media sosial, semalam.


Katanya, semakan dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku jam 4.57 petang, semalam, membabitkan tiga kenderaan iaitu lori, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Supra.


"Siasatan awal dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku apabila lori dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu melanggar kereta Toyota Supra diparkir di bahu jalan.


"Lori itu kemudian mengundur lalu melanggar kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki yang berada di belakang," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, sebelum kemalangan itu, pemandu lori terbabit dikatakan tidak berpuas hati terhadap pemandu kereta Honda Civic yang keluar simpang secara mengejut dan membuat provokasi.


"Tindakan pemandu kereta Honda City itu menyebabkan pemandu lori berkenaan marah dan cuba mengejar kenderaan terbabit sebelum melanggar kereta Toyota Supra yang diparkir di bahu jalan.


"Kedua-dua pemandu terbabit ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.


Menurutnya, kertas siasatan berhubung kejadian itu yang sudah lengkap berhubung akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.


"Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Kredit:  No'Rule, Harian Metro

Post a Comment

0 Comments