Atlet Korea Utara akan dihukum kerana "selfie" dengan atlet Korea Selatan

Atlet Korea Utara akan dihukum kerana "selfie" dengan atlet Korea Selatan





Satu insiden yang mendapat perhatian dunia pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024, di mana atlet ping pong Korea Utara, Ri Jong Sik dan Kim Kum Yong, mengambil gambar swafoto bersama atlet Korea Selatan dan China di podium.


Menurut Daily NK, walaupun mendapat pujian antara adegan yang mengharukan oleh media luar, di Korea Utara, tindakan ini dianggap melanggar protokol ideologi yang ketat.


Menurut laporan, Parti telah mengemukakan kritikan bahawa kedua-dua atlet tersebut bersikap terlalu mesra dengan “musuh utama” negara, iaitu Korea Selatan.




Ini jelas bertentangan dengan arahan untuk tidak berinteraksi dengan atlet dari negara musuh.


Nasib kedua-dua atlet ini masih belum diketahui, sama ada mereka akan dikenakan hukuman berat atau sekadar diberi amaran keras serta arahan untuk melakukan penilaian diri secara mendalam.


Untuk rekod, selepas kembali dari Sukan Olimpik Paris 2024, para atlet Korea Utara kini berdepan dengan sesi siasatan ideologi yang ketat di Pyongyang.



Difahamkan, para atlet ini bakal menjalani tiga peringkat “totalisasi” (penilaian ideologi).


Menurut sumber dalaman yang dipetik oleh Daily NK, sebaik sahaja tiba di tanah air pada 15 Ogos lalu, para atlet dan pegawai Jawatankuasa Olimpik Korea Utara telah diminta untuk hadir ke sesi totalisasi ideologi yang dikendalikan oleh Jabatan Propaganda dan Agitasi Parti Pusat.


Sesi ini merangkumi analisis dan penilaian sepanjang perjalanan mereka ke luar negara, dengan tumpuan utama adalah untuk mengesan sebarang tindakan yang mungkin bercanggah dengan arahan Parti.


Sumber tersebut menjelaskan, “Totalisasi ini bertujuan untuk ‘membersihkan’ minda atlet dari pengaruh budaya luar yang dianggap tidak sesuai dengan nilai-nilai sosialis.”


Proses totalisasi ini dilaporkan berlangsung dalam tiga peringkat utama.


Pertama, para atlet akan menghadapi totalisasi oleh Parti Pusat yang fokus kepada tindakan dan tingkah laku mereka sepanjang penyertaan di Olimpik.


Jika mereka melanggar sebarang arahan seperti berhubung dengan atlet dari Korea Selatan atau negara lain akan dikenakan hukuman yang tegas.



Peringkat kedua melibatkan totalisasi oleh Kementerian Sukan, di mana prestasi atlet akan dinilai.


Atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang mungkin menerima penghargaan, manakala mereka yang gagal memenuhi harapan berisiko menghadapi kritikan atau hukuman seperti kerja tanpa gaji.


Peringkat terakhir adalah totalisasi dalaman di mana para atlet perlu mengkritik diri sendiri dan rakan sepasukan, termasuk mendedahkan sebarang tingkah laku yang dianggap salah semasa penyertaan di Olimpik Paris 2024.


Ini adalah langkah untuk memastikan semua kesilapan dikenalpasti dan dibetulkan secara terbuka.


Kredit: Daily NK, Vocket




Post a Comment

0 Comments