Kuala Lumpur: Suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan pada jam 12.57 tengah hari, semalam.
Zaquan menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya mengaku teruja menyambut kehadiran bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.
Lebih istimewa, Zaquan turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 hari ini.
"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024.
"Selamat datang ke dunia anak lelaki saya," katanya.
Menurut Zaquan, Ayu kini berada dalam keadaan baik dan masih menerima rawatan di hospital.
"Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okay. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.
"Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak," katanya.
Ayu mendirikan rumah tangga dengan Zaquan pada 21 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.
Kredit: Harian Metro
0 Comments