Azhar Sulaiman luah hasrat didik Rees kendalikan solat jenazah

Rees merupakan kembar Leona dan merupakan atlet negara dalam sukan hoki ais

Kuala Lumpur: Pelakon Azhar Sulaiman berhasrat untuk mendidik anak lelakinya, Andika Rees Pahamin mengenai cara mengendalikan solat jenazah.


Azhar berkata, dia terdetik untuk berbuat demikian selepas tidak berpeluang menjadi imam solat jenazah arwah bapanya.


"Saya tiada di Malaysia ketika arwah bapa meninggal dunia dan tak tahu pun macam mana nak buat (solat jenazah).


"Jadi sekarang saya kena ajar Rees menjadi imam untuk sembahyangkan saya nanti kalau mati secara normal," katanya.


Azhar berkongsi hasrat itu menerusi hantaran terbaharunya di Instagram.


Pada masa sama, Azhar turut berkongsi petikan daripada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang menjelaskan anak lelaki diwajibkan untuk menjadi imam jenazah bapa.


Perkongsian Azhar itu menarik perhatian pengikutnya apabila rata-rata menyokong niat baik pelakon itu dan mendoakan agar Rees dapat menunaikan hajat bapanya itu.


Bapa Azhar iaitu Kapten Sulaiman Ismail adalah Ketua Platon Batu Malim yang juga antara pejuang hebat anggota Force 136 menentang Jepun sekitar tahun 1944 dan 1945.


Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments