Bapa pukul, gantung leher bayi kerana sakit hati isteri enggan pulang ke rumah
Bapa mangsa bernama Sandi berusia 25 tahun melakukan penderaan anak kandungnya itu pada hari Ahad bersamaan dengan 4/8/2024 pada waktu jam 6 petang(7 malam waktu tempatan) dan anak itu berjaya diselamatkan pada 5/8/2024 pada pukul 10 pagi(11 pagi waktu tempatan) hasil kerjasama antara pihak polis dan orang kampung.
Menerusi beberapa rakaman video memaparkan suspek bertindak memukul dan mengantung leher anaknya yang berusia 14 bulan itu. Video tersebut telah tular di media sosial dan mengundang kemarahan warganet.
Pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terpaksa mengambil masa selama lebih kurang 16 jam berunding dengan suspek demi menyelamatkan nyawa mangsa sesuai dengan arahan pihak atasan.
Kerana ketika berunding dengan suspek, suspek meletakkan sebilah parang di leher anaknya dan mengugut akan membunuh mangsa jika pihak polis tidak pergi dari rumah tersebut.
“Alhamdulillah, bayinya bisa kita selamatkan tanpa terluka sedikit pun, namun karena kondisi bayinya yang drop setelah kurang lebih 16 jam tidak mendapat asupan makanan, makanya harus dibawa dan dirawat sementara di Puskesmas setempat,” - kata polis.
Suspek telah ditahan polis bagi tindakan selanjutnya setakat ini difahamkan suspek melakukan penderaan itu kerana depresi atau terlalu tertekan.
"Saya sakit hati dan marah dengan bapak saya yang cuba mencabul isteri saya. Kerana perbuatan keji bapa saya itu, isteri bersama 2 anak saya pulang ke rumah mertua saya" kata suspek.
Suspek mengaku sudah berusaha memujuk isterinya untuk pulang namun pihak keluarga isterinya menghalang membuatkan suspek bertambah tertekan.
"Isteri saya janji nak pulang 2 minggu lalu namun sehingga kini tidak pulang" kata suspek.
0 Comments