Dua beranak yang ditemui sudah meninggal dunia itu dianggarkan berusia antara 40-an hingga 70-an tahun manakala seorang lagi anak perempuan juga 40-an yang tidak bermaya dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).
Difahamkan ketika pemeriksaan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO), seorang lelaki yang juga ayah kepada dua orang anak itu berada di dalam bilik air manakala anak lelakinya diatas kerusi sofa.
Menurut jirannya, pemeriksaan dilakukan selepas mendapati keadaan rumah tersebut gelap sejak beberapa hari lalu.malahan terdapat air warna hitam mengalir di celah pintu dan sangat berbau busuk.
Kedua-dua mayat serta anak perempuannya kemudiannya dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk proses bedah siasat dan rawatan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Kredit: Kosmo
0 Comments