Berang kereta dipancung, dua lelaki tumbuk pemandu wanita di Lebuhraya Utara-Selatan



Bila pemandu lain buat kesalahan di jalanraya, itu bukanlah tiket untuk kita mencederakan mereka walaupun tak puas hati dengan tindakan yang dilakukan.


Menerusi video yang tular di media sosial, seorang wanita telah dipukul oleh dua orang lelaki di sebuah Lebuhraya Utara-Selatan sehingga cedera di bahagian mata.


Difahamkan mangsa didakwa memotong keretanya secara berbahaya yang membuatkannya marah.



Video tersebut memaparkan dua pelaku memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar dari kereta terus menyerang mangsa.


You apa pasai? You apa lan*au? You apa mau? You pancung kita, bukti video dashcam pun ada! You mau tengok ke?


Keadaan makin panas apabila seorang lelaki bertindak memikul muka mangsa secara bertubi tubi dan juga mengetuk hadapan keretanya.


Suspek tak mengaku bersalah


Akibat dipukul berkali-kali, wanita itu mengalami kecederaan dan pendarahan dalam mata.


Susulan itu, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan telah dipanggil untuk beri keterangan.


Namun, teman lelaki mangsa mendakwa keduanya enggan mengaku bersalah dan meminta saksi tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.


Kredit: Vocket

Post a Comment

0 Comments