"Ini kali pertama kami sekeluarga datang melihat sambutan peringkat nasional kerana sebelum ini, hanya hadir di acara peringkat negeri.
"Anak-anak memang teruja sebab nak melihat perarakan terutama aset ketenteraan negara serta pertunjukan udara," katanya.
Bagi Janny Lee pula, meskipun sudah berusia 69 tahun, dia tidak pernah terlepas meraikan sambutan Hari Kebangsaan sejak dari kecil.
Wanita berasal dari Ampang, Selangor itu berkata, sebagai anak Malaysia, sambutan Hari Kebangsaan menjadi acara penting yang wajib dihadiri.
"Saya anak Malaysia. Saya tidak pernah terlepas sambutan, kalau demam pun, saya sediakan panadol dan datang untuk meraikan Hari Kebangsaan.
"Saya datang ke Putrajaya guna teksi, saya guna duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk datang demi menunjukkan semangat cintakan negara," katanya.
Sementara itu, pelajar asing, Luo Moa Qin , 25, yang berasal dari China berkata, dia sudah menunggu untuk menyaksikan acara terbabit sejak 11 malam tadi.
Dia yang menuntut di sebuah universiti tempatan menerusi program pertukaran pelajar asing menyatakan ini adalah kali kedua hadir menyaksikan sambutan berkenaan.
"Saya memang suka kepelbagaian yang ada di Malaysia dan sejak menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu, ia membuat saya ingin datang lagi tahun ini," katanya.
Kredit: Harian Metro
0 Comments